What a day today…. Sometimes I wonder why someone who is happy to have a job and to receive salary by the end each month, BUT when they have to carry out the assigned work, hell of grumbles will be tumbling out from their mouth till saliva ran dry, no joke, believe me! When they are jobless, I am very definite that they will be very very grateful to have a job but when they have the job…..sorry, that is not my job, I am here just to do this ONLY!! What a person!
Tuesday, June 27, 2006
Monday, June 26, 2006
What 'Blue Monday'??
Okayyyy…. a new week is born, another five working days to go. To my surprise, the day passed without me noticing it. You know what? I enjoyed the day, and who says Blue Monday? Everyday will be a Blue Day even on your happiest day if you look negatively in life. Why must you let whatever happened affect our precious life? Isn’t it a waste of a space in our already congested mind? To be worried and cared for but never to let it influence our daily routine.
Sunday, June 25, 2006
25th June, 2006
Cuti sekolah! Hari yang bebas dari segala macam buku! Aku masih ingat ketika tu umur aku baru 10 tahun. Kami tiga beradik berjalan kaki menuju ke rumah Pak Ngah Apit di Canberra Road. Hari ketika itu panas perit tetapi aku berjalan dengan bangga nya bersama abang-abang ku dengan baju baru ku yang dijahit oleh Emak. Masih terbayang keadaan ketika itu, sehingga kini aku abadikan di dalam ingatan. Boleh tahan, abang Manaf pandai membawa adik-adik nya berjalan jauh, dari Onreat Road ke Canberra Road naik bas pulak tu.
Saturday, June 24, 2006
My Brother
Waktu rehat di sekolah (Whitley Primary School) pada hari itu, aku terserempak abg Yusof lagi sibuk makan mee rebus. Di dalam hati ku berkata, ‘wah! terror sey abg Yusof ada duit nak beli mee rebus’ Untuk ku ketika tu, sesiapa yang makan mee rebus ada lah dari golongan orang2 kaya. Setiap hari aku akan mendapat 10 sen utk ke sekolah yang di mana 5 sen akan ku simpan dalam tabung without fail everyday. Pada hari itu aku bertuah kerana dapat merasa mee rebus tersebut. Abg Yusof menghulur pingan yang berisi mee rebus yang sedang di makan nya pada ku. Apa lagi, aku bedal!! Hehehe sekarang baru aku tahu dari mana abg Yusof mampu membeli mee rebus, rupa rupanya dia kebas duit tabung aku!! Patut lah bapa ku hairan kenapa tabung aku tak penuh2 walaupun aku isi setiap hari without fail. Setelah di soal siasat oleh bapa ku, abg yusof berjanji akan membayar nya balik. Tetapi aku dah halalkan semua nya, kerana yang ambil ada lah abg kandung ku juga, tidak pernah terlintas di hati ku ketika itu utk menuntut kembali duit aku.
Friday, June 23, 2006
Ten cents
Didalam perjalanan pulang, bersama teman sedarjah ku (dah lupa lah nama beliau) beliau membeli gula ala lollipop yang dimana dalam ya kalau yang bernasib baik ada duit 5 sen atau 10 sen. Gula2 tersebut berharga 5 sen. Setelah dibuka sampul gula tersebut, didapati di dalam gula2 tersebut ada 10 sen. (gula2 tersebut berwarna coklat cerah). Aku berkata pada beliau, ‘can give me the money ok?’ beliau tidak menjawab tapi aku betul2 mengharapkan agar beliau memberi duit tersebut. Aku ikut dia berjalan sehingga sampai kerumah nya (kampong Nekad). Beliau tidak mengeluarkan gula2 tersebut dari mulut nya. Aku pulang dengan hati yang hampa.
Thursday, June 22, 2006
22nd June, 2006
Saperti biasa, pulang ajer dari sekolah, aku tak duduk diam di rumah. Pada hari itu saperti biasa aku akan membontot abang-abang ku menyerantau keliling PTS (Police Training School a.k.a. Depo yang selalu mak aku sebut) Aku bersama abg Yusof berjalan tanpa arah tujuan sehingga kami terjumpa sawdust. Sangking gembira terjumpa sawdust, macam terjumpa harta karun! Apa lagi, aku dan abg Yusof bawa pulang sawdust macam Ali Baba bawa pulang harta. Dah bawa balik, habis cerita lah, tak tahu apa kegunaan nya, kecuali kena hamput dengan mak aku ada lah, badan kotor bolor macam ayam masuk longkang.....hehehe tapi aku gembira, esok kami buat lagi sehingga hari terakhir cuti sekolah.....baru kelam kabut cari beg yang tidak disentoh selama percutian. BEST!!
Wednesday, June 21, 2006
My Brother
21st June, 2006
Hari itu ada lah hari perayaan di sekolah. Sehingga kini tak aku tahu apa kah tujuan perayaan tersebut. Yang pasti aku tahu, pada hari itu, kesemua kanak-kanak murid di sekolah akan dijamu dengan sepotong kek dan secawan air milo “Wow sedap nya!” Seperti tahun-tahun lepas, aku akan minum air milo tetapi kek akan ku simpan bawa pulang. Akan aku bawa pulang buat emak ku yang tersayang. Rasa nya tak tertelan akan benda yang sedap-sedap jika emak aku tidak dapat merasai nya bersama. Aku simpan kek tersebut dengan hati2 agar tidak terpeyek terkena buku. Biar buku ku comot, asalkan kek aku tidak peyek. Sesampai di rumah, emak aku tak ada, jadi aku simpan kek tu di dalam peti sejuk. Aku tunggu emak ku sehingga petang, masih juga belum pulang. Aku buka peti sejuk utk melihat kek yang aku bawa pulang tadi.
“Arrgghh!! kek dah takde?” “Saper makan awa nya kek?” teriak ku sambil bercucuran air mata.
Abg manaf tersenyum “Kek tu adik awa punya eh? Abg manaf dah makan” Aku apa lagi…..meraung dan merenggek kesedihan, kek kesayangan aku dah kena makan! Aku minta balik kek tu.
“Awa nak kek tu balik!” teriak ku. Aku menangis kesedihan yang mak aku tak dapat merasa kek itu.
“Ok nanti abg manaf beli lah” pujuk abg ku.
“Tak nak! Awa nak yang sama jugak!”
Abg ku menghilang kan diri utk beberapa ketika.
“Nah! Abg manaf dah ganti” abg ku memberi aku kek yang serupa saperti yang telah dimakan nya. Aku tersenyum puas dapat balik kek kesayangan ku. Aku simpan di dalam peti sejuk sambil menunggu kepulangan emak ku.
Setiba nya emak pulang, aku pun dengan rasa bangga dan penuh kegembiraan memberi kek tersebut buat emak.
‘Mak, kek’ sambil memberi kek tersebut pada emak aku.
“Kek awa bawa dari sekolah, abg manaf dah makan” aku mengadu pada emak ku.
“Habis kek ni dari mana?” Tanya emak ku.
‘Abg manaf gi beli baru’
‘lah… kalau dah makan tu dah lah, kenapa nak buang duit beli lagi?” marah emak ku.
“Habis mak belum makan” aku membela diri ku.
Sehingga kini tidak ku tau dari mana abg manaf mendapat duit membeli kek tu lagi, atau dari mana dia membeli nya. Itu lah abg ku yang ku sayangi sehingga akhir hayat ku.
Tuesday, June 20, 2006
"Arrghhh…!! Sakit sakit…!!" Tersentak aku mendengar tangisan suara yang agak aku kenal. Aku toleh ke belakang, untuk mendapatkan kepastian, tetapi tidak kelihatan.
"Duduk bawah meja!” teriak ustaz Daud. Masih kedengaran isakkan, dan di dalam hati kecil ku…..
"Adik Awa!" tersentak aku dari lamunan.
"Mari balik!" teriak abang Yusof. Aku yang bagai di pukau, dengan segera menyimpan buku arab dan bahan tulisan ku . Aku ikut saja abg Yusof dan di ikuti abg Manaf ku yang menangis terisak-isak. Sah! Sangkaan ku yang meneriak kesakitan tadi ada lah abg Long ku, abg Manaf. Kami tiga beradik tidak berkata di sepanjang perjalanan pulang. Sampai saja di kawasan rumah ku, aku dapati bapa ku lagi sibuk membetulkan tayer basikal nya. Itu lah basikal yang membawa bapa ku ulang alik kerja dengan tidak menhiraukan keadaan cuaca hujan atau panas. Itu lah basikal sumber pencermatan belanja bapa ku.
Dengan bangga nya kami tiga beradik menuju ke arah bapa ku.
"Kenapa balik siang?"
"Ustaz tekan2 kepala abg Manaf masuk bawah meja” jelas abg Yusof.
"Habis tu kenapa balik?"
Kami terdiam…… tetapi di dalam hati ku berkata, mana boleh ustaz Daud menyakitkan abg Manaf, ustaz Daud tak tahu ke yang kepala abg Manaf ada bisol… kami tak rela jika ada org yang menyakitkan salah seorang dari kami.
Begitu lah semangat kami tiga beradik, saling membela satu sama lain. Sehingga kini, aku bangga mempunyai abg Manaf dan abg Yusof sebagai abang abang ku.
"Duduk bawah meja!” teriak ustaz Daud. Masih kedengaran isakkan, dan di dalam hati kecil ku…..
"Adik Awa!" tersentak aku dari lamunan.
"Mari balik!" teriak abang Yusof. Aku yang bagai di pukau, dengan segera menyimpan buku arab dan bahan tulisan ku . Aku ikut saja abg Yusof dan di ikuti abg Manaf ku yang menangis terisak-isak. Sah! Sangkaan ku yang meneriak kesakitan tadi ada lah abg Long ku, abg Manaf. Kami tiga beradik tidak berkata di sepanjang perjalanan pulang. Sampai saja di kawasan rumah ku, aku dapati bapa ku lagi sibuk membetulkan tayer basikal nya. Itu lah basikal yang membawa bapa ku ulang alik kerja dengan tidak menhiraukan keadaan cuaca hujan atau panas. Itu lah basikal sumber pencermatan belanja bapa ku.
Dengan bangga nya kami tiga beradik menuju ke arah bapa ku.
"Kenapa balik siang?"
"Ustaz tekan2 kepala abg Manaf masuk bawah meja” jelas abg Yusof.
"Habis tu kenapa balik?"
Kami terdiam…… tetapi di dalam hati ku berkata, mana boleh ustaz Daud menyakitkan abg Manaf, ustaz Daud tak tahu ke yang kepala abg Manaf ada bisol… kami tak rela jika ada org yang menyakitkan salah seorang dari kami.
Begitu lah semangat kami tiga beradik, saling membela satu sama lain. Sehingga kini, aku bangga mempunyai abg Manaf dan abg Yusof sebagai abang abang ku.
threejellyfish
20th June, 2006 (Tuesday)
Hooray!! i managed to create my own blog, hahaha what's the big deal? Yes!! it is a big deal to me, cos i, Awara, treasured however small is my achievement and be optimistic in life.
Hooray!! i managed to create my own blog, hahaha what's the big deal? Yes!! it is a big deal to me, cos i, Awara, treasured however small is my achievement and be optimistic in life.
Subscribe to:
Posts (Atom)