Saturday, June 24, 2006

My Brother


Waktu rehat di sekolah (Whitley Primary School) pada hari itu, aku terserempak abg Yusof lagi sibuk makan mee rebus. Di dalam hati ku berkata, ‘wah! terror sey abg Yusof ada duit nak beli mee rebus’ Untuk ku ketika tu, sesiapa yang makan mee rebus ada lah dari golongan orang2 kaya. Setiap hari aku akan mendapat 10 sen utk ke sekolah yang di mana 5 sen akan ku simpan dalam tabung without fail everyday. Pada hari itu aku bertuah kerana dapat merasa mee rebus tersebut. Abg Yusof menghulur pingan yang berisi mee rebus yang sedang di makan nya pada ku. Apa lagi, aku bedal!! Hehehe sekarang baru aku tahu dari mana abg Yusof mampu membeli mee rebus, rupa rupanya dia kebas duit tabung aku!! Patut lah bapa ku hairan kenapa tabung aku tak penuh2 walaupun aku isi setiap hari without fail. Setelah di soal siasat oleh bapa ku, abg yusof berjanji akan membayar nya balik. Tetapi aku dah halalkan semua nya, kerana yang ambil ada lah abg kandung ku juga, tidak pernah terlintas di hati ku ketika itu utk menuntut kembali duit aku.

No comments: