Thursday, March 27, 2008

Biskut


Ya Allah ya Tuhanku......Kau ampuni dosa dosa bapaku, Kau terangkan dan lapangkan kuburnya, Kau tempatkan lah dia bersama-sama hamba Mu yang Kau redhai....sesungguhnya bapaku adalah seorang bapa yang baik, bapa yang bertanggung jawab yang cukup prihatin tentang kehidupan anak dan cucunya. Seorang bapa walaupun sedang sakit, masih lagi ingat akan anak cucunya. Walaupun bapa ku ketika tu tidak sehat, ketika waktu minum air selepas makan malam dihospital, beliau terlihat pesakit dihadapannya mendapat sebungkus biskut. Tiba pada giliran bapa, beliau pun inginkan biskut tersebut. Aku tahu, biskut itu bukan untok dirinya, tetapi untuk anak cucu nya jika mereka datang menziarahinya nanti. Itu lah bapa ku yang cukup amat sayang akan keluarganya. Biskut itu aku makan seminggu setelah beliau meninggal dunia.....dengan nama Allah, aku makan biskut peninggalan bapaku, semoga beliau mendapat Rahmat dan Rahim dari Allah Subhanallah...........Amin Ya Rabbal'alamin.
Biscuits were shared with my brother Manaf and his son Norzlan, My hubby Abdul Subhan, my daughter Raihanah and myself.....semuga Allah memberi rahmat keatas roh bapa ku...Amin.

No comments: