Hari ini gelap 40 hari bapa ku meninggal dunia.... meninggalkan anak cucu cicit. Bapak, pemergian mu walaupun sudah dijangka, tapi ia berlaku dengan mendadak. Aku saperti disentap dari terlena. Kesal yang tak sudah tersemat dihati ini. Rindu yang tak mungkin terubat. Sentohan menyentuh kenangan. Mata memandang mencari yang tak mungkin ada, hanya kenang kenangan. Tak ku sangka perpisahan kita berlaku disaat aku tidak berdaya. Kenapa bapak tinggalkan aku saperti ini? Kenapa aku melangkah meninggalkan bapa? Kenapa? Aku tahu bapak amat kasihkan anak anak bapak walaupun bapak tak menunjukkan....itu lah cara bapak menanam kasih sayang. Semoga Allah mencurahkan Rahmat dan Rahim Nya buat bapak, diampuni dosa dosa bapak dan ditempatkan bapak bersama sama orang yang di kasihiNya...Amin YaRabbal'alamin.
Pak....berita gembira nak ku sampaikan. Cucu kegembiraan bapak akan ke France-Lyon bulan June nanti selama sebulan, menambah ilmu dinegara orang.
No comments:
Post a Comment